Thursday 13 June 2013

ukhuwah.teras.kegemilangan



UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN

Eh.macam kenai je tagline itu

Ekekeke


Ukhuwah menurut Kamus Dewan Edisi Edisi Ketiga bermaksud persaudaraan. Ya.persaudaraan meski tiada pertalian darah. Sejenak meneroka, banyak kata-kata indah puitis mahupun puisi indah tentang ukhuwah dicanang-canangkan. Lihat sahaja di media massa (baca Internet) pelbagai aspek ukhuwah diuar-uarkan seperti ukhuwah bersama ibu bapa, adik beradik, sepupu sepapak (eh?), sahabat-sahabat, guru dan pendidik serta manusia lain. Apa ada ukhuwah antara mansuia dengan haiwan? Ana agak ada ;) jika tidak mana mungkin seekor kucing bermanja-manja, menggesel-gesel pada tuannya. Itupun ukhuwah tahu!


Ya.semestinya lah bukan persaudaraan. Namun hubungan rasa antara dua makhluk Tuhan :)


Perumpamaan kawan yang baik dan buruk itu ibarat penjual minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau berkawan dengan si penjual minyak wangi paling kurang engkau akan terhidu sama haruman minyak wangi itu dan jika engkau berkawan dengan si tukang besi paling kurang engkau akan terhidu sama bau yang kurang enak


Carilah sahabat yang solehah supaya kala kita futur, akan ada yang mengingatkan untuk kita bangkit kembali. Jika punya sahabat yang kurang solehah pula, jangan tinggalkan dia. Dan ingatt ! Jangan biarkan dia mempengaruhi anda ke arah kefuturan, usahakan agar anda dapat mempengaruhi dia ke jalan kebaikan :) may Allah ease ya!


Latar belakang keluarga pula. Ana tahu ramai yang mengejar solehah di luar sana mempunyai latar belakang biasa-biasa sahaja. And same goes to me :) keluarga ana biasa-biasa sahaja tapi itu bukanlah penghalang buat ana menjadi diri ana sekarang. Ya,jika dibincangkan tentang mehnah yang pernah menerjah sehingga pernah ana menitiskan air mata. Siapa yang tidak kuciwa? Namun.cekalkan hati. Genggam bara api sampai jadi arang tau! Alang-alang sudah bertekad dan berprinsip, maka realisasikan ia meski ujian datang silih berganti. Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa. Sekarang warga sekeliling sudah boleh menerima meski tidaklah boleh dikatakan 100%


Aku tidak kisah asing asalkan asingku demi mengejar reda Tuhan :’)


Usahakan untuk menunjukkan akhlak yang baik. Bagi pihak ibu bapa, kebiasaannya mereka ini kurang senang jika anak mereka membetulkan mereka dengan kata-kata. Ialah, mereka kan ibu bapa. Jadi, anda boleh guna cara yang lain. Tunjukkan akhlak yang baik sehingga mereka boleh menyerahkan rasa percaya mereka kepada anda. Yang ada adik-adik pula cuba masuk selow selow dalam dunia mereka dan bawa dia keluar selow-selow daripada dunia mereka. Adik-adik yang kecil boleh diceritakan kisah Nabi-Nabi, syurga neraka. Budak-budak kecil sememangnya berminat dengan cerita ceritu! Ececeh


Untuk sahabat-sahabat anda pula. Layanlah mereka baik-baik. Jangan pula sementelah mereka hanyalah sahabat anda maka anda punya hak untuk mempermainkan perasaan dan ukhuwah bersama kawan anda itu. NO! mungkin boleh memberi hadiah kepada mereka sebagai satu alternative untuk mengajak mereka sama-sama ke arah sorgaNya.hoyeh! kerana terdapat hadis Nabi s.a.w yang berbunyi:


"Tahadu (salinglah memberi hadiah), tahabbu (nescaya kalian akan saling mencintai)." [HR Bukhari]


Cantikkan? Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w mengajar kita cara untuk berkaseh sayang berchenta bagai.cewaaah.tapi chenta yang halal sahaja hokeh. Chenta tidak halal jangan dicoba-coba.eheheh. memberilah untuk menerima. Ibarat pepatah jika ade sesuatu yang kita hendak maka kita juga mestilah mengorbankan sesuatu. 


Doakan ana ya.
Sekarang dalam usaha sesuatu.demi kebaikan kehidupan masa hadapan.insyaAlllah.
UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN
ana datang !! ;)

1 comment: