Wednesday 12 June 2013

dunia.buaian


Ana suka mengibaratkan satu-satu hal ibarat buaian
Eh.

Buaian?

kenapa? *wondering*



Jika kita berbuai sendiri-sendiri

Jaga-jaga.bimbang terlalu asik berbuai kita susah mahu berhenti pula

Kerana seronok menghayunkan diri lebih tinggi.tinggi.dan tinggi lagi

“Gumbiranya berbuaian tinggi ini.serasa mencecah awan pula” kata anda

Dan anda

Jangan pernah buta

Atau buat-buat lupa akan risiko bahayanya berbuai tinggi ini

Kita boleh terpelanting ke tanah dan luka

Atau buaian boleh terputus.maka kita yang akan merasa sakitnya

Berbuailah secara sederhana.kawal dengan sebaiknya!



Dan jika kita insan yang menghayunkan buaian orang lain

Cukup sekadar kita berbasa –basi sahaja

nasi basi? Eh.tiada kaitan langsung

Maksud ana. Sederhana

Jika kita menghayun kuat.laju.dan laju.dan laju

Insan di buaian pastinya makin tinggi dan syok berbuai

Angin sepoi dan laju bahasa. Serasa terawang-awang di udara

Lalu insan itu terlupa juga

Laju berbuai memang seronok.tapi

Jika tidak utuh pegangannya kepada tali buaian.dia berisiko terpelanting jauh!

Anda mahu melihat insan yang anda chenta berada di buaian

Lalu dihayunkan anda sehingga tingginya menjulang

Lalu dia jatuh terjelepok ke tanah.dan luka.dan menangis?

Anda sanggup melihat dia sebegitu?

Katakan tidak pada rokok! Eh



Baiklah anda

Masih kurang jelas ya?

Baik.baik.sabar ya :)

Buaian yang saya maksudkan.sepertinya



Kita membuai ukhti kesayangan kita dengan hal yang lagho

“ukhti.ana konpem 200 peratus yang Randy Ishak itu suka kat enti. Ana tahulah (sedangkan main serkap jarang sahaja)”

Lalu ukhti kita terbuai-buai

Makan sepinggan tak kenyang. Mandi sekolah tak basah. Tidur di katil empuk tak lena



Kita membuai ukhti kesayangan kita dengan kelalaian

“ukhti! Mari.mari.ini celita Kolea baru mariii. Meh kita nuntun sampai lebam mata!”

Lalu ukhti kita hanyut bersama kita

Menuntun derama 26 episod sampai esoknya Subuh tertinggal.wanauzubillahiminzalik!



Kita membuai ukhti kesayangan kita dengan tidak menegur kesalahannya

“enti sudah solat belum. Dah jam 3.40 petang ini” anda

“sekejap lagi la. Sekejap lagi ya” ukhti kita

“hurm.nanti dia solat la tu. Dah lepas tanggungjawab aku menegur” anda lagi.lalu anda tidur petang dgn nyenyaknya

Dan ukhti kita itu terbabas solat Zuhurnya kerana syok bermain games Zombie and Plants di laptopnya!



“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”

(Adz-Dzariyat:56)



“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?”

(Al-An’am:32)

No comments:

Post a Comment