Thursday 12 December 2013

DERU

assalam
sedikit perkongsian bersama DERU IKRAM
misi ke Kemaman
ada dua trip
satu bahagian memasak untuk mangsa banjir
satu lagi bantu bersihkan rumah mangsa banjir

pada hari berkenaan ana join bahagian memasak
boleh jd ajk katering dah pasni.hihi

10 Disember 2013
hari yang sama hujan tak berhenti di Kuala Terengganu & Dungun
tapi Alhamdulillah bahagian Kemaman cuaca cerah

penat namun pengalaman yang sangat indah *mata pussy in boots* hihi
inshaAllah Jumaat ini sekali lagi
untuk bantuan bersihkan rumah plak

Rabbi yassir wala tuassir

di Dungun.air naik waktu ni.sekitar jam 11 pagi lebih



ayam! ayam! dua singgit! ehe



bersama akhowat.bungkus sayur masak lemak ^_^



gambar lain waktu air naik di Dungun



ayam yg dah masak tunggu masa untuk dibungkus bersama nasi dalam polisterin



dan
innalillahi wainna ilaihi raajiun
hari yang sama mendapat panggilan daripada mok waktu tengahari
ibu saudara yg tinggal di paka eksiden T.T
beliau sekeluarga ke MRSM KT sbb sepupu yg bru abis UPSR ada interbiu
dlm perjalanan balik ke rumah
tayar pecah di LPT 2 dekat Ajil

kereta rosak teruk
along, si sulung tercampak ke jalan seberang.Alhamdulillah takde kete lalu mase tu.Allah
angah berjahit di tengkuk.tertusuk kaca barangkali
nasuha si anak ketiga yg baru abis UPSR retak bahagian rahang
mujur semuanya selamat.Alhamdulillah sangat T^T

kata incik polis kawasan tu mmg kerap kemalangan
allahualam

kereta mak saudara remuk teruk


mudah2an kita dalam perlindungan Allah sokmo
jangan lupa baca doa sebelum gerak ke mana-mana
serahkan pergantungan kepada Allah sntiasa.mudah2an


Monday 9 December 2013

rindukan anak

disapa bayu
bayu rindu SK Mela

melimpah-limpah rasa rindu kepada anak-anak
Allahu :'(

jagakan mereka Ya Rabbi
lindungi mereka 

ku doa
moga mereka membesar penuh hikmah
menyumbang buat ummah
menjadi pemimpin berhikmah
berjaya dunia & akhirat =')

Hakim



Adhwa



Aiman K, Al-Hafiz, Jannatul Naim



si kembar, Ijan & Wany
*wany pakai pengepit rambut yg ana bagi.yeay! ^,^



Tahun 1



Tahun 4


video tahun 1
kena 'paksa' bagi ucapan *sekeh kepala sendiri* heheh



salam rindu penuh chenta anak-anak
ada masa dan dengan izinNya
cikgu akan ziarah kalian lagi ^_^


Friday 6 December 2013

.....

jangan biarkan hamasah dakwah kita sekejap cuma
jangan biarkan kebersamaan halaqah kita cuma sementara

|7 petala dakwah|

rindu usrah.

*nangis*

1.56 a.m
6 Dis 2013

peraktikum lagi

jauh sudut hati paling dalam
ku harap benar
praktikum sem hadapan dapat di Temerloh

harap sungguh-sungguh

satu asbab 

"dik.akak doakan adik dapat kat Temerloh.sana inshaAllah usrah senang nak dapat. Ukhuwah Teras Kegemilangan aktif kat sana" 

(ukhti mahbubah)

:')

tidak dinafikan tika praktikum
rasa kosong pabila masa banyak dihabiskan dengan sekolah.sekolah
rutin yang sama setiap hari

ke sekolah
pulang
rehat untuk kerja2 malam
malamnya bertungkus lumus dengan RPH (rancangan pengajaran harian) & ABM (alat bantu mengajar)
hampir setiap hari tidur melebih jam 1 pagi >.<

yang 2 bulan haritu pun semput rasanya T.T
iya benar
di sekolah gudang pahala tidak kurang banyaknya
mendidik dan melayan anak2 comel :)
berukhuwah dengan pendidik2 haibat
juga pekerja2 sekolah
gudang pahala di mana-mana

tapi
tetap kosong
2 bulan tanpa pengisian
tanpa usrah
tanpa majlis ilmu

*nangis*

nanti 3 bulan entah bagaimana
senior2 pun berkata hal yang sama
dan ku doa praktikum fasa III ku nanti tidak kosong
moga penuh dengan pengisian.rohani terutamanya

ku harap
tolong doakan sama ya :')

Wednesday 4 December 2013

sang muda

sang muda!
enaknya kaki kau goyang
percuma masamu berlalu

sang muda!
ummah sedang merundum
kau lena dalam khayalan

sang muda!
tidakkah kau malu
punya tenaga gagah tapi dipersia?

sang muda!
fikiranmu lincah bibirmu lancar
ruginya digunakan buat hal tiada pulangan agama

sang muda!
aku rayu
bangkitlah bersama ikatan iman
sumbang apa sahaja mampumu

Tuhanmu telah berjanji
Dia akan menjaga sesiapa yang menjaga agamaNya

tidak kau mahu indah dalam pandanganNya?
tidak kau mahu terima senyuman kekasihNya?

sang muda
mula daripada sekarang!
kain kafan tidak menunggumu bersedia
lubang kubur bersedia menerimamu bila-bila masa

ayuh sang muda ayuhhh !!!

siapa sang muda?
aku
akulah sang muda itu
T^T

yosh!