Friday 17 January 2014

uji rasa

teruji sungguh semalam
tersepit antara janji dan keperluan
bagai dihenti-henti sahaja masa itu
terkedu sehingga tidak mampu mengatakan apa-apa

aku pesalah buat sang janji
meski keputusannya bukan pada bibirku
aku penanggung akibat
meski pemutus kata bukan pada kataku

teruji sungguh
memikirkan bagaimana kisah mendatang
malu amat kepada sang janji
sedangkan ilmu daripadanya yang aku tadah-tadah
malu amat kepada sang janji
sedangkan keramahannya selama ini aku senang

pesan sang janji
jaga-jaga
dalam kalangan kamu ada sang munafik

Allahurabbi.Allahurabbi

bagaimana ini? tiba-tiba seperti orang sasau
tidak tahu mahu berbuat apa

dan mimpi semalam.mungkin pujukan Dia buat hati resah
video tadi.jawapan segala soal di jiwa

Al Baqarah : 216
Al Baqarah : 286
Al Ankabut: 2-3

barangkali ini kisah pedoman awal buat bekalan masa depan.bakal berkelana dan berdikari sendiri.tidak sampai setahun sahaja lagi.entah di mana bakal ditempatkan.hati pasti itulah yang terbaik buat diri.He Knows better :) Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui (Al Baqarah:216).hati,mohon kuat untuk segala mehnah.qowwiyyy.qowwiyyy wahai cik wardah.apabila engkau bergantung pada manusia mereka akan meninggalkan kamu.lalu kenapa tidak meletakkan seluruh rasa dan harapan kepada Dia Yang Satu? tiada pernah Dia meninggalkan kamu.selangkah kamu mendekatiNya, sepuluh langkah Dia mendekatimu.

hasbunallahu wanikmal wakeel
Ya Rabb.make me strong! i wanna a be a strong muslimah



semoga Allah permudahkan urusan dan amanah baru bermula 27hb Jan nanti.inshaAllah bakal berlatihan selama 3 bulan di sebuah sekolah di Temerloh.Alhamdulillah! doa dan harapan diperkenankan :') thank you Allah.semoga dapat sama-sama bergerak dalam gerabak ini.biiznillah

Tuesday 14 January 2014

Satu Tekad

berikanku sebaris kata
untukku susuri jalan gelita
mentera keramat kata pujangga
azimat yang bermakna

di depan simpang bercabang tiga
tak tahu mana satu arahnya
kanan kiri manusia berdusta
mungkir pada Yang Esa

mungkin ku bukan watak utama
dalam pentas lakonan dunia
bimbang juga ku turut sama
pastinya aku yang binasa

berikan aku pedoman
arah mana jalan kehidupan
untukku teruskan pengembaraan
tak rebah dan tersalah langkah

tunjukkan aku kawan
simpang mana arah kejayaan
Timur Utara juga Selatan
atau arah mentari terbenam

bersama menyusuri jalan
para Rasul Nabi Junjungan
menuju ke puncak
gemilang terbilang
iman di dada mengiring langkah

Satu Tekad-UNIC
-------------------------------------------------------------------
kekeliruan membawa aku resah
diam aku mencari jawapan
sakan aku bertanya soalan

muda-mudahan Dia pimpin 
ke arah kebenaran yang paling benar
aku damba jalan kehidupan
buat bekalan di dunia
dan di sana kelak

hasbunallahu wanikmal wakeel
Ya Muqallibal Qulub.Tsabit Qolbi 'Ala Deenik
Allah.Allah.Allah T.T


Friday 10 January 2014

hari ke hari

semakin meniti hari
semakin dewasa
semakin juga menempuhi pelbagai macam

tahun ini melangkah setapak ke depan
umur semakin bertambah
jarak kematian semakin memendek

semoga langit meredai sebelum bumi meredai
biiznillah

:)

---------------------------------------------
rumate nak kawin bulan 3 ni
kbaii
:3