Friday 5 July 2013

positifkan.rasa.wardah!

Bismillahirrahmanirrahim

*cuci sawang sekeliling blog*

alamak.alamak
banyaknya sawang
sudah lama ditinggal ini belog maaa
aseefah jiddan ya

sejak memenjak mula berkuliah kembali
kesempatan untuk berbelog agak tipis 
oh.mungkin ini alasan semata

hendak seribu daya.tak hendak seribu dalih
*nangis laju-laju*

masuk sahaja semester baru hari itu
bertimpa-timpa ujian mendatang.Allahu Allah

ujiannya tidaklah maha hebat seperti ujian para saudara di Syria sana
mahupun Palestin dan Rohingya
namun mampu juga menggugat emosi dan ketenangan sementara
berfikir setiap hari. termenung bermuhasabah diri

Alhamdulillah
meski kesan ujian masih bersisa dalam emosi dan fikiran
ana tahu ana harus terus melangkah
tiada guna memandang pintu yang sama
sedangkan pintu-pintu lain masih banyak yang boleh dibuka.eh
main pintu pintu pula ya! ekekeke

kedua hal terbesar tersebut agak mengundang trauma kecil
semoga Allah melenyapkan terus rasa ketidaksenangan ini
ana tidak hendak hidup dalam kenangan yang kurang selesa itu
moga kelak hal yang maha baik mendatang
dan bisa melenyapkan dua rasa itu.aamiin Ya Rabbi

laayukallifullahu nafsan illa wus'aha
Allah tidak membebani seseorang luar daripada kemampuannya
boleh belek tafsir Quran surah Al Baqarah ayat 286 :))

insyaAllah lagi dua minggu ana bakal berpraktikum di SK Mela, Jerantut Pahang
15 Julai - 20 Sept 2013
perlu tajdid niat kembali
nak jadi cikgu yang solehah untuk anak-anak
nak jadi cikgu yang ikhlas menabur ilmu untuk anak-anak
nak jadi cikgu kerana Allah dan Rasulullah s.a.w :')
biiznillah!

oh ya! 
sahabat
jangan lupa ya
tembak doa setiap hari
buat Palestin.Syria.Rohingya
dan terkini Mesir pula.Allahu Allah

panji Islam akan berkibar megah suatu hari nanti!
dan ku doa moga daku termasuk dalam golongan yang menyumbang.aamiin Ya Rabbi