Friday 14 June 2013

hari ini hari Syria!

14 Jun 2013 | Jumaat |5 Syaaban 1434 Hijrah

hari ini
pada tarikh ini
ulama-ulama dunia bersepakat bahawa pada 14 Jun merupakan Hari Syria Sedunia
Alhamdulillah.isu Syria semakin dibesar-besarkan sekarang *sengih lebar-lebar*
iyalah.sebelum ini semua macam terpinga-pinga
apa yang berlaku?
teruk sangat ke?
siapa watak jahat di sini?

moga-moga lebih ramai insan yang akan lebih cakna. *doa*

kasihan saudara-saudara kita di sana sahabat
mereka dibunuh
dibom
wanita-wanita pula dirogol
kanak-kanak tidak terlepas menjadi mangsa kekejaman tentera Bashar Al Assad ni

ada yang digantung
ada yang dikelar
ada yang disembelih
ada yang dipukul.didera.diseksa
ditanam hidup-hidup  

*nangis laju-laju*

Daripada Huzaifah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dalam kalangan mereka. sesiapa yang pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada Allah dan RasulNya dan kitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam maka ia tidak termasuk dalam kalangan mereka"

(Riwayat At-Tabrani)


sahabat
kita tak nak kan jadi dalam kalangan yang tidak mengambil tahu
kita tak nak kan terkeluar daripada kalangan saudara kita

ayuh
sebarkan isu Syria!
tunjukkan bahawa saudara kita di sana masih punya ramai lagi saudara mereka.di serata dunia! :')

dan
jangan lupa tembak doa setiap hari seusai solat ya! ^_^

Thursday 13 June 2013

ukhuwah.teras.kegemilangan



UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN

Eh.macam kenai je tagline itu

Ekekeke


Ukhuwah menurut Kamus Dewan Edisi Edisi Ketiga bermaksud persaudaraan. Ya.persaudaraan meski tiada pertalian darah. Sejenak meneroka, banyak kata-kata indah puitis mahupun puisi indah tentang ukhuwah dicanang-canangkan. Lihat sahaja di media massa (baca Internet) pelbagai aspek ukhuwah diuar-uarkan seperti ukhuwah bersama ibu bapa, adik beradik, sepupu sepapak (eh?), sahabat-sahabat, guru dan pendidik serta manusia lain. Apa ada ukhuwah antara mansuia dengan haiwan? Ana agak ada ;) jika tidak mana mungkin seekor kucing bermanja-manja, menggesel-gesel pada tuannya. Itupun ukhuwah tahu!


Ya.semestinya lah bukan persaudaraan. Namun hubungan rasa antara dua makhluk Tuhan :)


Perumpamaan kawan yang baik dan buruk itu ibarat penjual minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau berkawan dengan si penjual minyak wangi paling kurang engkau akan terhidu sama haruman minyak wangi itu dan jika engkau berkawan dengan si tukang besi paling kurang engkau akan terhidu sama bau yang kurang enak


Carilah sahabat yang solehah supaya kala kita futur, akan ada yang mengingatkan untuk kita bangkit kembali. Jika punya sahabat yang kurang solehah pula, jangan tinggalkan dia. Dan ingatt ! Jangan biarkan dia mempengaruhi anda ke arah kefuturan, usahakan agar anda dapat mempengaruhi dia ke jalan kebaikan :) may Allah ease ya!


Latar belakang keluarga pula. Ana tahu ramai yang mengejar solehah di luar sana mempunyai latar belakang biasa-biasa sahaja. And same goes to me :) keluarga ana biasa-biasa sahaja tapi itu bukanlah penghalang buat ana menjadi diri ana sekarang. Ya,jika dibincangkan tentang mehnah yang pernah menerjah sehingga pernah ana menitiskan air mata. Siapa yang tidak kuciwa? Namun.cekalkan hati. Genggam bara api sampai jadi arang tau! Alang-alang sudah bertekad dan berprinsip, maka realisasikan ia meski ujian datang silih berganti. Alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa. Sekarang warga sekeliling sudah boleh menerima meski tidaklah boleh dikatakan 100%


Aku tidak kisah asing asalkan asingku demi mengejar reda Tuhan :’)


Usahakan untuk menunjukkan akhlak yang baik. Bagi pihak ibu bapa, kebiasaannya mereka ini kurang senang jika anak mereka membetulkan mereka dengan kata-kata. Ialah, mereka kan ibu bapa. Jadi, anda boleh guna cara yang lain. Tunjukkan akhlak yang baik sehingga mereka boleh menyerahkan rasa percaya mereka kepada anda. Yang ada adik-adik pula cuba masuk selow selow dalam dunia mereka dan bawa dia keluar selow-selow daripada dunia mereka. Adik-adik yang kecil boleh diceritakan kisah Nabi-Nabi, syurga neraka. Budak-budak kecil sememangnya berminat dengan cerita ceritu! Ececeh


Untuk sahabat-sahabat anda pula. Layanlah mereka baik-baik. Jangan pula sementelah mereka hanyalah sahabat anda maka anda punya hak untuk mempermainkan perasaan dan ukhuwah bersama kawan anda itu. NO! mungkin boleh memberi hadiah kepada mereka sebagai satu alternative untuk mengajak mereka sama-sama ke arah sorgaNya.hoyeh! kerana terdapat hadis Nabi s.a.w yang berbunyi:


"Tahadu (salinglah memberi hadiah), tahabbu (nescaya kalian akan saling mencintai)." [HR Bukhari]


Cantikkan? Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w mengajar kita cara untuk berkaseh sayang berchenta bagai.cewaaah.tapi chenta yang halal sahaja hokeh. Chenta tidak halal jangan dicoba-coba.eheheh. memberilah untuk menerima. Ibarat pepatah jika ade sesuatu yang kita hendak maka kita juga mestilah mengorbankan sesuatu. 


Doakan ana ya.
Sekarang dalam usaha sesuatu.demi kebaikan kehidupan masa hadapan.insyaAlllah.
UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN
ana datang !! ;)

Wednesday 12 June 2013

dunia.buaian


Ana suka mengibaratkan satu-satu hal ibarat buaian
Eh.

Buaian?

kenapa? *wondering*



Jika kita berbuai sendiri-sendiri

Jaga-jaga.bimbang terlalu asik berbuai kita susah mahu berhenti pula

Kerana seronok menghayunkan diri lebih tinggi.tinggi.dan tinggi lagi

“Gumbiranya berbuaian tinggi ini.serasa mencecah awan pula” kata anda

Dan anda

Jangan pernah buta

Atau buat-buat lupa akan risiko bahayanya berbuai tinggi ini

Kita boleh terpelanting ke tanah dan luka

Atau buaian boleh terputus.maka kita yang akan merasa sakitnya

Berbuailah secara sederhana.kawal dengan sebaiknya!



Dan jika kita insan yang menghayunkan buaian orang lain

Cukup sekadar kita berbasa –basi sahaja

nasi basi? Eh.tiada kaitan langsung

Maksud ana. Sederhana

Jika kita menghayun kuat.laju.dan laju.dan laju

Insan di buaian pastinya makin tinggi dan syok berbuai

Angin sepoi dan laju bahasa. Serasa terawang-awang di udara

Lalu insan itu terlupa juga

Laju berbuai memang seronok.tapi

Jika tidak utuh pegangannya kepada tali buaian.dia berisiko terpelanting jauh!

Anda mahu melihat insan yang anda chenta berada di buaian

Lalu dihayunkan anda sehingga tingginya menjulang

Lalu dia jatuh terjelepok ke tanah.dan luka.dan menangis?

Anda sanggup melihat dia sebegitu?

Katakan tidak pada rokok! Eh



Baiklah anda

Masih kurang jelas ya?

Baik.baik.sabar ya :)

Buaian yang saya maksudkan.sepertinya



Kita membuai ukhti kesayangan kita dengan hal yang lagho

“ukhti.ana konpem 200 peratus yang Randy Ishak itu suka kat enti. Ana tahulah (sedangkan main serkap jarang sahaja)”

Lalu ukhti kita terbuai-buai

Makan sepinggan tak kenyang. Mandi sekolah tak basah. Tidur di katil empuk tak lena



Kita membuai ukhti kesayangan kita dengan kelalaian

“ukhti! Mari.mari.ini celita Kolea baru mariii. Meh kita nuntun sampai lebam mata!”

Lalu ukhti kita hanyut bersama kita

Menuntun derama 26 episod sampai esoknya Subuh tertinggal.wanauzubillahiminzalik!



Kita membuai ukhti kesayangan kita dengan tidak menegur kesalahannya

“enti sudah solat belum. Dah jam 3.40 petang ini” anda

“sekejap lagi la. Sekejap lagi ya” ukhti kita

“hurm.nanti dia solat la tu. Dah lepas tanggungjawab aku menegur” anda lagi.lalu anda tidur petang dgn nyenyaknya

Dan ukhti kita itu terbabas solat Zuhurnya kerana syok bermain games Zombie and Plants di laptopnya!



“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”

(Adz-Dzariyat:56)



“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?”

(Al-An’am:32)

Tuesday 11 June 2013

kata.bisa.sentap.ke.jiwa

bertitik tolak kata-kata itu
meluncur deras pada tulisan biasa
namun menyentap naluri jiwa

jiwa yang dahagakan kebaikan
jiwa yang berperang dengan emosi 
jiwa berkecamuk
dengan karat-karat jahiliyyah masih menebal

futur
Allah.Allah.Allah

"sayang.takkan la kita yang berjasad ni nak kalah dengan dia yang tak berjasad?"
-sahabat-

sentap.nangis

"jadilah muslimah yang Rasulullah s.a.w bangga. yang Rasulullah s.a.w akan tersenyum lebor apabila melihat kita" 
-adikoweyo-

sentap.mata makin masuk habuk.mahu pitam

aku tidak pernah menyertai gerabak itu
meski.jauh di sudut hati
aku teringin benar

"ilmu aku tak cukup lagi"

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..

-Imam Hasan Al-Basri-


"Allahu Allah.akhlakku.bimbang membawa fitnah kepada para daie"

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang"

"aku ini gila-gila.mengarot sahaja kerjanya.layakkah?"

Oh ya, perangai gila-gila merupakan satu aset yang hebat. Saya kenal ramai ikhwah yang gila-gila, dan DF dia melampau-lampau hebat, mashaAllah!                                                                                       
-AfiqSazlan-

hakikatnya aku punya jawapan bagi setiap persoalan
yet
aku masih berlengah-lengah
bertangguh-tangguh 


"dik.anda sudah berada dalam gerabak ini.imbas kembali apa tujuan kita diciptakan? untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini bukan?"
-adindaterchentafillah-
 
moga Allah reda
langkah kaki ini
demi menggapai mardhatillah.insyaAllah