Saturday 30 November 2013

bimbang

semalam adik utarakan nak tido sorang sorang dalam bilik (baca 9 tahun)
buat pertama kalinya

sebelum tido tu banyak jugak la tanyanya
"along.betul ke orang kate malam jumaat banyok hantu?"

i was -.-"

"malam ni malam sabtu la dik.hantu suke la mari dekat orang malas mengaji"

kebetulan pulak sebelum tido semalam dia syok tengok cite chibi maruko chan
oh.tajuk pula tentang hantu
ade la hantu yang keluar dari telaga la
hantu boleh pusing kepala la
hantu ade darah kat mulut la

siap sembunyi bagai di belakang ana
hai.hai
"macam tak jadi tido sorang2 malam ni" getus hati ana.cewah

tiba waktu nak tidor
adik siap lambai-lambai bagai

"byeee.byeeee.bye alonggg
jupe pagi esok"

esoknya
Alhamdulillah.mission accomplished!
adik berjaya tido sorang-sorang dalam bilik angah !! yeay! (angah takde kat umah.masih di suatu daerah di Pahang)

petang tadi mak cakap
"adik kabo tadi suruh angoh tido bilik along.sebab suka tido sorang-sorang dalam bilik angoh.dok payoh la.kekgi along bukan duk sini pung kekgi"

ok.ana sentap sebentar
apekah? tak duk sini??

"kekgi along keje bukan duk sini pung" sambung mak

hati sebu
benar.berbaki setahun sahaja lagi
entah di mana bakal dicampak KPM T.T
negeri mana entah
ceruk mana entah

nanti semua dah kena sorang sorang
berdikari erti kata sebenar
sekarang masih ada teman-teman buat peneman cari umah sewa (baca praktikal)
kelak bila dah posting
moga Allah hadirkan insan baik hati lagi manis senyumannya menolong
aamiin

apa jua keputusannya nanti
perlu reda

Hadza min fadhli Rabbi
Rabbi yassir wala tuassir.Rabbi tammim bil khair 


Wednesday 20 November 2013

LetsFollowAmmar!

kisah kematian yang menghidupkan
buat hati-hati mati
buat hati-hati lesu
buat hati-hati lalai

usia muda yang bermakna
reda Allah yang didamba
persetankan untai kata manusia
lalu bawa diri terus mara

mati itu pasti
mati itu akan hadir

kullu nafsin dzaiqatul maut
setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

tak kira umur
tak kira harta
tak kira di mana
tak kira bagaimana
tak kira siapa sepastinya
apabila tiba saatnya
tidak mampu dilewatkan satu saat
mahupun diawalkan satu saat

buat insan Ahmad Ammar bin Ahmad Azam
penduduk bumi menyebut-nyebut segalanya yang baik tentangmu
atau mungkin penduduk langit sebenarnya sudah lama menantikan kehadiranmu Ammar?
selamat bertemu bidadari

pemergianmu menemui Rabb sungguh menjentik hati sanubari
membawa fikiran tidak henti berputar

apa sudah sumbanganku buat umat ini??
apa sudah pengisian masa-masaku sebelum ini??
bagaimana pengakhiran hidupku??

selama ini aku sungguh gentar ingin menyatakan keinginan untuk syahid
ibadahku masih compang
akhlakku masih terpalit mazmumah
ilmuku seakan angin lalu yang tidak menetap
kini aku tekad
sesiapa jua bisa impikan syahid!
yang compang usahalah untuk ditampung
yang mazmumah usahakan untuk dimahmudah
yang tidak menetap usahakan untuk menjeratnya tinggal

USAHA!!

Al Fatihah untuk almarhum Ahmad Ammar
--------------------------------------------------------------------------------------

perbualan terakhir Ahmad Ammar bersama kakaknya.disimpan kemas impiannya untuk syahid sewaktu di Syria dalam misi kemanusiaan.




link bideo itiub rentetan kehidupan Ahmad Ammar
http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=share

link web ustz.saifulislam ttg Ahmad Ammar
http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/

Tuesday 19 November 2013

kesombongan

Dan atas sebab itu aku jadi takut dalam setiap perkenalan

takut terlalu rapat
takut terlalu dekat
takut terlalu erat

mengundang murka Dia
membawa fitnah berleluasa
merosak hati jadi binasa

di hatiku kini cuma empat
Dia.Tuhanku Yang Satu Allah s.w.t
Dia.Rasulku yang dirindui Muhammad bin Abdullah
Mereka.ibu bapaku di kampung
Mereka.sahabat perjuangan fillah yang tidak jemu mengajakku ke jalan kebaikan

kekosongan yang satu
aku simpan kemas kemas
khas buat sang berani
akad yang akan mempertanggungjawabkan aku pada bahunya

lalu pantaskah aku digelar sombong?
walhal aku hanya cuba menjaga diri
sedangkan kau tidak tahu
aku mohon bawalah hatimu bersangka baik

Saturday 9 November 2013

dia PM saya!

assalamualaik

ade seorang rakan sekolah dolu dolu
waktu bersekolah di sekolah Matahari
tak penah cakap pun ngan dia
kire macam tak satu geng la.tak ngam
nafsi nafsi

tibe-tibe tadi dia PM
ucap 'tq' atas satu perkongsian video yang ana PM
ashly ana PM kat semua org yang tgh on9 mase tu (baca Fesbuk).wahaha *suke hati je*

dan tibe-tibe dia mitak no fon
dan tibe tibe dia tulis

"T pape *** share lh lg ilmu"

rase macam
Allahuakhbar! Subhanallah!

rakan yang tak pernah sembang sembang
abis maksima senyum senyum manis leting sahaja
cakap cenggitu

mungkin nampak simple
but for me

Allah dah buka hati dia 
untuk cari ilmu
untuk suka pada ilmu
untuk mendambakan ilmu

ilmu agama
Alhamdulillah

awak,jum berpimpinan tangan! 
ke mana?
ke sorgaa

biiznillah

Friday 8 November 2013

Inche Muwasofat Tarbiyah

assalamualaik

maka dengan hari ini
dengan penuh senyuman di wajah (ehem)
ana ingin mengisytiharkan
ana telah mengikat tali..

eh.
bukan tali pertunangan
bukan jua tali perkahwinan (baca nikah)

tapi.tapi

tali amalan (wujud ka?) muehehe

dengan inche

ehem

jeng! jeng! jeng!

INCHE MUWASOFAT TARBIYYAH

apabila ikatan sudah diikat
jangan sampai terlerai

apabila ikatan sudah terikat
kena mujahadah untuk realisasikannya
biiznillah

maka
ana tampilkan perjanjian antara ana dengan inche muwasofat tarbiyyah ini


ihdinassirotol mustaqiim
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
|Al Fatihah:6|