14 Jun 2013 | Jumaat |5 Syaaban 1434 Hijrah
hari ini
pada tarikh ini
ulama-ulama dunia bersepakat bahawa pada 14 Jun merupakan Hari Syria Sedunia
Alhamdulillah.isu Syria semakin dibesar-besarkan sekarang *sengih lebar-lebar*
iyalah.sebelum ini semua macam terpinga-pinga
apa yang berlaku?
teruk sangat ke?
siapa watak jahat di sini?
moga-moga lebih ramai insan yang akan lebih cakna. *doa*
kasihan saudara-saudara kita di sana sahabat
mereka dibunuh
dibom
wanita-wanita pula dirogol
kanak-kanak tidak terlepas menjadi mangsa kekejaman tentera Bashar Al Assad ni
ada yang digantung
ada yang dikelar
ada yang disembelih
ada yang dipukul.didera.diseksa
ditanam hidup-hidup
*nangis laju-laju*
Daripada Huzaifah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dalam kalangan mereka. sesiapa yang pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada Allah dan RasulNya dan kitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam maka ia tidak termasuk dalam kalangan mereka"
(Riwayat At-Tabrani)
sahabat
kita tak nak kan jadi dalam kalangan yang tidak mengambil tahu
kita tak nak kan terkeluar daripada kalangan saudara kita
ayuh
sebarkan isu Syria!
tunjukkan bahawa saudara kita di sana masih punya ramai lagi saudara mereka.di serata dunia! :')
dan
jangan lupa tembak doa setiap hari seusai solat ya! ^_^
Friday, 14 June 2013
Thursday, 13 June 2013
ukhuwah.teras.kegemilangan
UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN
Eh.macam kenai je tagline itu
Ekekeke
Ukhuwah menurut Kamus Dewan Edisi
Edisi Ketiga bermaksud persaudaraan. Ya.persaudaraan meski tiada pertalian
darah. Sejenak meneroka, banyak kata-kata indah puitis mahupun puisi indah
tentang ukhuwah dicanang-canangkan. Lihat sahaja di media massa (baca Internet)
pelbagai aspek ukhuwah diuar-uarkan seperti ukhuwah bersama ibu bapa, adik
beradik, sepupu sepapak (eh?), sahabat-sahabat, guru dan pendidik serta manusia
lain. Apa ada ukhuwah antara mansuia dengan haiwan? Ana agak ada ;) jika tidak
mana mungkin seekor kucing bermanja-manja, menggesel-gesel pada tuannya. Itupun
ukhuwah tahu!
Ya.semestinya lah bukan
persaudaraan. Namun hubungan rasa antara dua makhluk Tuhan :)
Perumpamaan kawan yang baik dan
buruk itu ibarat penjual minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau berkawan
dengan si penjual minyak wangi paling kurang engkau akan terhidu sama haruman
minyak wangi itu dan jika engkau berkawan dengan si tukang besi paling kurang
engkau akan terhidu sama bau yang kurang enak
Carilah sahabat yang solehah
supaya kala kita futur, akan ada yang mengingatkan untuk kita bangkit kembali. Jika
punya sahabat yang kurang solehah pula, jangan tinggalkan dia. Dan ingatt ! Jangan
biarkan dia mempengaruhi anda ke arah kefuturan, usahakan agar anda dapat
mempengaruhi dia ke jalan kebaikan :)
may Allah ease ya!
Latar belakang keluarga pula. Ana
tahu ramai yang mengejar solehah di luar sana mempunyai latar belakang
biasa-biasa sahaja. And same goes to me :)
keluarga ana biasa-biasa sahaja tapi itu bukanlah penghalang buat ana menjadi diri
ana sekarang. Ya,jika dibincangkan tentang mehnah yang pernah menerjah sehingga
pernah ana menitiskan air mata. Siapa yang tidak kuciwa? Namun.cekalkan hati. Genggam
bara api sampai jadi arang tau! Alang-alang sudah bertekad dan berprinsip, maka
realisasikan ia meski ujian datang silih berganti. Alhamdulillah. Alah bisa
tegal biasa. Sekarang warga sekeliling sudah boleh menerima meski tidaklah
boleh dikatakan 100%
Aku tidak kisah asing asalkan
asingku demi mengejar reda Tuhan :’)
Usahakan untuk menunjukkan akhlak
yang baik. Bagi pihak ibu bapa, kebiasaannya mereka ini kurang senang jika anak
mereka membetulkan mereka dengan kata-kata. Ialah, mereka kan ibu bapa. Jadi,
anda boleh guna cara yang lain. Tunjukkan akhlak yang baik sehingga mereka
boleh menyerahkan rasa percaya mereka kepada anda. Yang ada adik-adik pula cuba
masuk selow selow dalam dunia mereka dan bawa dia keluar selow-selow daripada
dunia mereka. Adik-adik yang kecil boleh diceritakan kisah Nabi-Nabi, syurga
neraka. Budak-budak kecil sememangnya berminat dengan cerita ceritu! Ececeh
Untuk sahabat-sahabat anda pula. Layanlah
mereka baik-baik. Jangan pula sementelah mereka hanyalah sahabat anda maka anda
punya hak untuk mempermainkan perasaan dan ukhuwah bersama kawan anda itu. NO! mungkin
boleh memberi hadiah kepada mereka sebagai satu alternative untuk mengajak
mereka sama-sama ke arah sorgaNya.hoyeh! kerana terdapat hadis Nabi s.a.w yang
berbunyi:
"Tahadu
(salinglah memberi hadiah), tahabbu (nescaya kalian akan saling
mencintai)." [HR Bukhari]
Cantikkan?
Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w mengajar kita cara untuk berkaseh sayang berchenta
bagai.cewaaah.tapi chenta yang halal sahaja hokeh. Chenta tidak halal jangan
dicoba-coba.eheheh. memberilah untuk menerima. Ibarat pepatah jika ade sesuatu
yang kita hendak maka kita juga mestilah mengorbankan sesuatu.
Doakan ana ya.
Sekarang
dalam usaha sesuatu.demi kebaikan kehidupan masa hadapan.insyaAlllah.
UKHUWAH
TERAS KEGEMILANGAN
ana datang !! ;)
Wednesday, 12 June 2013
dunia.buaian
Ana suka mengibaratkan satu-satu hal ibarat buaian
Eh.
Buaian?
kenapa? *wondering*
Jika kita berbuai sendiri-sendiri
Jaga-jaga.bimbang terlalu asik berbuai kita susah mahu
berhenti pula
Kerana seronok menghayunkan diri lebih tinggi.tinggi.dan
tinggi lagi
“Gumbiranya berbuaian tinggi ini.serasa mencecah awan pula”
kata anda
Dan anda
Jangan pernah buta
Atau buat-buat lupa akan risiko bahayanya berbuai tinggi ini
Kita boleh terpelanting ke tanah dan luka
Atau buaian boleh terputus.maka kita yang akan merasa
sakitnya
Berbuailah secara sederhana.kawal dengan sebaiknya!
Dan jika kita insan yang menghayunkan buaian orang lain
Cukup sekadar kita berbasa –basi sahaja
nasi basi? Eh.tiada kaitan langsung
Maksud ana. Sederhana
Jika kita menghayun kuat.laju.dan laju.dan laju
Insan di buaian pastinya makin tinggi dan syok berbuai
Angin sepoi dan laju bahasa. Serasa terawang-awang di udara
Lalu insan itu terlupa juga
Laju berbuai memang seronok.tapi
Jika tidak utuh pegangannya kepada tali buaian.dia berisiko
terpelanting jauh!
Anda mahu melihat insan yang anda chenta berada di buaian
Lalu dihayunkan anda sehingga tingginya menjulang
Lalu dia jatuh terjelepok ke tanah.dan luka.dan menangis?
Anda sanggup melihat dia sebegitu?
Katakan tidak pada rokok! Eh
Baiklah anda
Masih kurang jelas ya?
Baik.baik.sabar ya :)
Buaian yang saya maksudkan.sepertinya
Kita membuai ukhti kesayangan kita dengan hal yang lagho
“ukhti.ana konpem 200 peratus yang Randy Ishak itu suka kat enti.
Ana tahulah (sedangkan main serkap jarang sahaja)”
Lalu ukhti kita terbuai-buai
Makan sepinggan tak kenyang. Mandi sekolah tak basah. Tidur di
katil empuk tak lena
Kita membuai ukhti kesayangan kita dengan kelalaian
“ukhti! Mari.mari.ini celita Kolea baru mariii. Meh kita
nuntun sampai lebam mata!”
Lalu ukhti kita hanyut bersama kita
Menuntun derama 26 episod sampai esoknya Subuh tertinggal.wanauzubillahiminzalik!
Kita membuai ukhti kesayangan kita dengan tidak menegur
kesalahannya
“enti sudah solat belum. Dah jam 3.40 petang ini” anda
“sekejap lagi la. Sekejap lagi ya” ukhti kita
“hurm.nanti dia solat la tu. Dah lepas tanggungjawab aku
menegur” anda lagi.lalu anda tidur petang dgn nyenyaknya
Dan ukhti kita itu terbabas solat Zuhurnya kerana syok
bermain games Zombie and Plants di laptopnya!
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka
beribadah kepadaKu”
(Adz-Dzariyat:56)
“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda
gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.
Tidakkah kamu mengerti?”
(Al-An’am:32)
Tuesday, 11 June 2013
kata.bisa.sentap.ke.jiwa
bertitik tolak kata-kata itu
meluncur deras pada tulisan biasa
namun menyentap naluri jiwa
jiwa yang dahagakan kebaikan
jiwa yang berperang dengan emosi
jiwa berkecamuk
dengan karat-karat jahiliyyah masih menebal
futur
Allah.Allah.Allah
"sayang.takkan la kita yang berjasad ni nak kalah dengan dia yang tak berjasad?"
-sahabat-
sentap.nangis
"jadilah muslimah yang Rasulullah s.a.w bangga. yang Rasulullah s.a.w akan tersenyum lebor apabila melihat kita"
-adikoweyo-
sentap.mata makin masuk habuk.mahu pitam
aku tidak pernah menyertai gerabak itu
meski.jauh di sudut hati
aku teringin benar
"ilmu aku tak cukup lagi"
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..
-Imam Hasan Al-Basri-
"Allahu Allah.akhlakku.bimbang membawa fitnah kepada para daie"
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang"
"aku ini gila-gila.mengarot sahaja kerjanya.layakkah?"
hakikatnya aku punya jawapan bagi setiap persoalan
yet
aku masih berlengah-lengah
bertangguh-tangguh
"dik.anda sudah berada dalam gerabak ini.imbas kembali apa tujuan kita diciptakan? untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini bukan?"
-adindaterchentafillah-
moga Allah reda
langkah kaki ini
demi menggapai mardhatillah.insyaAllah
meluncur deras pada tulisan biasa
namun menyentap naluri jiwa
jiwa yang dahagakan kebaikan
jiwa yang berperang dengan emosi
jiwa berkecamuk
dengan karat-karat jahiliyyah masih menebal
futur
Allah.Allah.Allah
"sayang.takkan la kita yang berjasad ni nak kalah dengan dia yang tak berjasad?"
-sahabat-
sentap.nangis
"jadilah muslimah yang Rasulullah s.a.w bangga. yang Rasulullah s.a.w akan tersenyum lebor apabila melihat kita"
-adikoweyo-
sentap.mata makin masuk habuk.mahu pitam
aku tidak pernah menyertai gerabak itu
meski.jauh di sudut hati
aku teringin benar
"ilmu aku tak cukup lagi"
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..
-Imam Hasan Al-Basri-
"Allahu Allah.akhlakku.bimbang membawa fitnah kepada para daie"
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang"
"aku ini gila-gila.mengarot sahaja kerjanya.layakkah?"
Oh ya, perangai gila-gila merupakan satu aset yang hebat. Saya kenal ramai ikhwah yang gila-gila, dan DF dia melampau-lampau hebat, mashaAllah!
-AfiqSazlan-
hakikatnya aku punya jawapan bagi setiap persoalan
yet
aku masih berlengah-lengah
bertangguh-tangguh
"dik.anda sudah berada dalam gerabak ini.imbas kembali apa tujuan kita diciptakan? untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini bukan?"
-adindaterchentafillah-
moga Allah reda
langkah kaki ini
demi menggapai mardhatillah.insyaAllah
Subscribe to:
Posts (Atom)