Monday 28 October 2013

hari ini hari apa?

salam.salam.salam
salam aqidah yang satu
salam persaudaran
salam senyuman yang manis leting! :)

ehem
cek kalendar kejap
hari ini hari apa ya?
berapa haribulan ya?

kof.kof
28 oktober 2013
kofff.koffff *batuk palsu makin kuat*
esok berapa haribulan?

hallooooo
anda.saya tanya anda ini
29 oktober? 
ya.100 markah untuk anda! ehehehe

baiklah.tanpa membuang masa lagi *skema bebeno* :D
cuma nak cakap

esok hari lahir saya.wahaha
eh
asal gelak plak.haiyyaa
maafkan saya ye anda.hihi
sebenaqnya takde la eksaited sangat
umur pun dah bape ni nak eksaited sgt sambut besday
ini umur dah boleh jadi ummi dah

erk! tercekik air

hallooo.cik wardah
jangan mahu berangan sangat la
masak kat dapur tak lepas ag tuu *gedebuk!*
wahaha

sekarang 4.55 petang pada 28 oktober
dan jika masih dipanjangkan umur esok hari
menginjaklah ana ke umur 22
semoga Allah izinkan :') *nangis renyai-renyai*

pada usia ini
selayaknya sungguh kalau nak kawin *ok.baca nada sirius*
sahabat2 pun dah beransur-ansur bergelar isteri orang
dah ada yang punya anak pun!
ana je yang masih single mingle.hahaha
but i dun care lah
ok.tipu.peduli la jugak.eheheh
sebab benda ni fitrah kan
nak sayang dan disayangi

tapi fitrah jangan sampai jadi fitnah hoke? :)

kita urus fitrah elok elok
ikut syariat.jaga batas
ana pegang pada kata-kata seorang akak ini

"benda cenggini.kadang kite duk fikir ade orang sudi tak nak ambil aku jadi isteri? sempat ke aku bergelar isteri dan ibu? kahwin ke aku ni? bila menanti dengan penuh taat (kepadaNya) sekali Dia hadirkan seseorang terus kawin.tak payah kapel ke.tunang-tunang dah"

ohmaiii.kan suwit gitu haaa
dan akak ni begitulah jalan takdirnya
no.i means tak dengar pun dia nak kawin ke hape
tetibe dapat tau bakal nikah dengan klasmate dia sendiri
yang terkezutnya bakal somi dia dulu 'berkawan' ngan org lain sampai la bekas 'kawan' somi dia ni dah bertudung labuh dan berniqab sekarang
tapi jodoh dorang tak kuat.huhu
yang kuatnya jodoh dengan akak manis ini! ^__________^
semoga Allah memberkati baitul muslim dorg

ehh
melalut manyakk dah ni
awat tajuk besday tukar tajuk nikah pulok
haiyaaa.haiyaaa  -.-"
haiya fil jihad! ehehehe

seiring dengan pertambahan usia
ana mengharapkan agar Allah s.w.t thabatkan ana pada jalanNya
takmo tergelincir tersadung dah T.T
nak jalan seteraippp je tau
moga Allah izinkan ana terpillih sebagai yang solehah.aamiin!
okay.ana tahu dengan sebegini punya tingkah laku
macam tak layak je kan
tapi tak kira.nak doa jugekkk >,<

solehah sebagai hambaNya
solehah sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w (kekasih hati ana ni.ihihi)
solehah sebagai anak sulung Incik Aboh dan Puan Mok
solehah sebagai Along buat incik Angoh dan Cik Adik
solehah sebagai pelajar buat para pendidik ana
solehah sebagai sahabat buat sahabat sahabat fillah ana yang manis dan comam (baca comel) semuanyaaaa sekali ;)
solehah sebagai pendidik (bakal) untuk anak2 didik anak sekalian
solehah sebagai isteri (coming soon bila incik putera kayangan langit ketujuh masuk meminang.haha)
solehah sebagai ummi (tomey tomey anak ummi.ohhh *mata kelip kelip*)
solehah buat muslimin muslimat amnya

banyak versi solehah ana  *lap peluh dahi*
kalau tukaq kot fon message mahunya empat lima mesej ni ;p

maaf ya
entri kali ini versi pengharapan sedikit
dan agak mengarot sebenaqnya
kalau nak list semua harapan dan doa
tak cukup doploh hari doploh malam :D
anggap sahaja entri kali ini meraikan hari ulangtahun ana esok ya

lusa pula pada 30 oktober 2013
insyaAllah bakal berdepan dengan hekzem final
final untuk semester 6 ini
paper pentaksiran pendidikan seni visual
semoga Allah permudahkan segala-galanya

dan setakat ini sahajalah
sekadar menulis untuk mengisi borang 'new post'.haha
semoga anda dalam peliharaan Dia senantiasa :)
jangan lupa solawat setiap hari ya
kepada siapa lagi mahu kita pinta pertolongan di hari akhir nanti
kalau tidak kepada insan bernama

Muhammad Bin Abdullah
Rasulullah s.a.w

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad

No comments:

Post a Comment